Thursday 11 December 2014

DAFTAR GST

PENGUMUMAN

Sekiranya jualan tahunan syarikat anda melebihi RM500 ribu, anda wajib berdaftar dgn Pejabat Kastam. Anda boleh berbuat demikian melalui sistem online Kastam di  gst.customs.gov.my sebelum 31 Disember 2014.  Sekiranya anda terima voucher elektronik berjumlah RM1000.00, dan anda juga berdaftar dengan eperolehan (MOF), sila pergi ke kaunter eperolehan, bawa voucher tersebut dan anda boleh mohon untuk software account MYOB secara percuma.

Harap Maklum.

Admin

Saturday 1 November 2014

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2014

Perlawanan akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014 menyaksikan pertembungan diantara JDT dan Pahang yang berlangsung pada 1 hb November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil KL. Perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pahang Darul Makmur melalui sepakan penalti dengan keputusan 5:3. Menarik nya pertembungan kali ini ialah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan bila mana keputusan terikat dengan seri 2:2 sehingga penghabisan masa tambahan meski pun pasukan Pahang bermain dengan 10 pemain setelah Mohd Saiful Nizam dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Admin berpendapat perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia kali ini adalah diantara perlawanan akhir yang menarik seperti yang didambakan oleh peminat bolasepak Malaysia. Syabas diucapkan kepada pasukan Pahang. Dan kepada pasukan JDT, admin berharap mereka tidak putus asa dan terus bersemangat. Kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi yang harus dibanggakan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.  Selamat Malam dan Selamat beristirehat......

Saturday 25 October 2014

AWAL MUHARAM 1436

USAHANITA MELAKA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1436 KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN LIMPAHAN REZEKI DIDALAM KEHIDUPAN.

SALAM MAAL HIJRAH.

USAHANITA MELAKA

Usahanita Melaka mempelawa usahawan-usahawan wanita bumiputera untuk menjadi ahli persatuan.  Diantara kebaikan menjadi ahli persatuan ini adalah bagi meluaskan jaringan perniagaan, pengumuman latihan, pengumuman seminar, forum, bantuan kerajaan dan banyak lagi. Ahli persatuan juga berpeluang untuk menjadi ahli Koperasi Usahanita Melaka.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Negeri, Puan Jariah Ahmad di talian 013-6104594.

Daftar dan jadi lah ahli Persatuan Usahanita Melaka kerana ada banyak program dan maklumat yang akan kami kongsi dengan anda bermula dari sekarang hingga tahun 2016.

Tuesday 21 October 2014

PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NKEA EPP KEMENTERIAN PERTANIAN

Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan masih dibuka.  Sila layari http://www.moa.gov.my/web/guest/nkea_epp1 untuk maklumat terperinci dan cara-cara memohon.

Di sini kami sertakan sedikit maklumat untuk diteliti.

Tarikh Tutup Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan NKEA EPP#1 Bil.5/2014 Pada 10 November 2014 (Isnin)
Tarikh Sesi Penilaian Peringkat Klaster Pada 20 November 2014 (Isnin)


Sebarang Pertanyaan :-
Urus Setia Pejabat Pembangunan Herba (HDO)
Cik Syalwati bt Asnawi : syalwati@moa.gov.my
En Ahmad Azmir bin Omar  : aazmir@moa.gov.my

No. Telefon : 03-8894 3111/3118 

" SEMOGA BERJAYA"

INDUSTRI MAKANAN

Industri makanan merupakan satu bidang industri yang memberi peluang perniagaan yang besar kepada Usahawan.  Di dalam industri ini juga Usahawan boleh memulakan perniagaan daripada menjadi pengilang, pembekal, peruncit dan pengimpot.  Usahawan wanita di gesa untuk menjadikan industri kecil-kecilan yang di jalankan di rumah supaya membesar kan perniagaan mereka dengan mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan yang dapat membantu seperti MARDI, FAMA, PUNB, MARA dan SME. Selain daripada khidmat nasihat, agensi-agensi ini juga menyediakan geran-geran untuk membeli peralatan, mesin, pelabelan dan pemasaran. Kunjungi agensi-agensi kerajaan yang terlibat bagi mendapatkan manafaat maksimum.

Usaha tangga kejayaan, malu bertanya sesat jalan.  Mula kan langkah anda hari ini......

USAHAWAN INDUSTRI HERBA

INDUSTRI HERBA    
PENGUMUMAN KEPADA USAHAWAN HERBA.    
     
Industri herba telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara dan inisiatif ini merupakan salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagi menyelaras dan memantau keberkesanan pelaksanaan EPP1 High Value Herbal Products, Subkumpulan Herba ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri herba dipelawa untuk turut serta melaksanakan inisiatif NKEA Pertanian bagi Subsektor Herba. Bersama-sama ini dilampirkan buku program dan templat pelan perniagaan.

Sunday 24 August 2014

USAHANITA MALAYSIA HARI RAYA OPEN HOUSE

USAHANITA Malaysia has successfully organised it's Eidil Fitri Open House in Kelantan on 23rd August, 2014.  The events was held at PCB Resort. Our President, Puan Ros Liza Ariffin, Vice President, Puan Norizah Mohd Nor are the VIPs who came for the dinner. It was a colourful gatherings with many of the AJKs, States Chairman and members are wearing beautiful and colourful dresses. The event started with a speech from Datin Ruby and followed by the performance from Kelantan, Terengganu, Melaka and karaoke from the members, contribution to the less fortunate children and cakes/biscuits/pudding competition. We will upload the pictures later for viewers...











WELL DONE USAHANITA MELAKA

Tuesday 1 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA USAHANITA MELAKA

USAHANITA MELAKA AKAN MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK YATIM, IBU TUNGGAL YANG KURANG BERNASIB BAIK DAN FAKIR MISKIN.

Majlis akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 13hb Julai, 2014  (AHAD)
Tempat : IBN RESORT, Ayer Keroh 

Ahli-ahli yang berminat untuk hadir meraikan
mereka yang kurang bernasib baik boleh lah
mendapatkan kad berharga RM35.00 daripada
Setiausaha Negeri, Puan Jariah Ahmad (Ju) Tel: 013-6104594 

Sama-sama lah kita menderma sambil meraikan tetamu-tetamu dari kalangan mereka yang memerlukan.



GST- GOODS AND SERVICES TAX

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara meluas tentang GST yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015. GST akan menggantikan SST iaitu Sales & Services Tax yang telah lama dipraktik kan di negara kita. Tujuan GST ini adalah sebagai satu cara pihak Kerajaan memantau sistem percukaian yang dikenakan di setiap peringkat. Selain daripada memastikan tidak ada ketirisan didalam sistem percukaian, pengguna juga akan mendapat maklumat sebenar pembelian dan percukaian yang dikenakan ke atas mereka, Saranan kepada ahli-ahli persatuan, ambil lah initiatif untuk memahami bagaimana sistem percukaian GST ini dikenakan kerana ianya melibatkan kita semua sebagai ahli usahawan.

InsyaAllah USAHANITA dari masa ke semasa akan mengumum kan agensi-agensi kerajaaan dan badan-badan lain yang melaksanakan program yang melibatkan GST ini.


Saturday 28 June 2014

RAMADHAN BULAN MULIA....


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, dengan tulus ikhlas barisan kepimpinan USAHANITA MELAKA mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SOLAT TARAWIH kepada semua ahli-ahli persatuan.

Semoga di bulan Ramadhan kali ini kita semua akan berjaya melakukan kewajipan dan ibadah sebanyak yang mungkin dan semoga ALLAH menerima dan meredhai ibadah kita... 
Amin....... 


USAHANITA MELAKA AKAN MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA AHLI UNTUK MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PADA BULAN RAMADHAN INI. KAMI AKAN MENGUMUMKAN TARIKH DAN TEMPAT DALAM WAKTU YANG TERDEKAT...  KEEP IN TOUCH !!!


Tuesday 24 June 2014

MALAM SILATURRAHIM DAN AGM USAHANITA KEBANGSAAN

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia  telah mengadakan Malam Silaturrahim dan Mesyuarat Agung Kebangsaan pada 13 dan 14 Jun, 2014 bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang. Program yang bermula pada petang 13 Jun 2014 dengan satu Taklimat Harta Pusaka bagi pencerahan tentang prosidur dan kepentingan menyegerakan penyelesaian hal ehwal harta pusaka berlanjutan dengan Majlis Makan Malam yg meriah dengan Tema Pakaian Tradisional.

Majlis Malam Silaturrahim telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat YB Dato' Shahaniza Shamsudin, EXCO Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia.  Kemeriahan dapat dirasakan apabila para hadirin datang dengan pakaian tradisional yang anggun dan berwarna warni. Menarik dan mengembirakan apabila YB Dato' Shahaniza turut sudi menyumbangkan suara dengan 2 buah lagu. Ermmmm memang hebat YB Dato'.... Majlis turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi otai Puan Rosmaria yang popular dengan lagu "Nasi Dagang". Beliau  juga  merupakan ahli USAHANITA Kelantan. Turut menghiburkan hadirin adalah penyanyi J Sham  dan persembahan dari Datin Ruby....

Disini admin abadikan foto yang sempat diambil pada malam itu.... 


















The next day on 14 June 2014, USAHANITA held its 33rd Annual General Meeting officiated by the Deputy Minister of MITI,  YB Datuk Ir Hamim Samuri. In his speech, YB Datuk has praised the delegation on the commitment shown and wish all the women entrepreneurs to take the opportunity and the incentives provided by the Government in particular from his ministry. Among the incentives are to develop the expansion of  the small and medium scales businesses to go for global market. YB Datuk informed that his ministry has a unit which advises entrepreneurs called BIC- Business Information Centre based in Putrajaya.  We, in USAHANITA are very grateful to YB Datuk who has come all the way to officiate our Annual General Meeting and for the precious advises and support. The encouragement will definitely gives us more strength to move our businesses to the next level and hopefully our members will take the opportunity to go global.... 






Sunday 15 June 2014

TAHUKAH ANDA - PUNB

JOM BERKONGSI MAKLUMAT......

PUNB- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

Tahukah anda bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Berhad singkatan PUNB ada menawarkan skim bantuan pembiayaan, khidmat latihan, khidmat perundingcara dan pelbagai perkhidmatan lagi untuk bumiputra yang telah menjalankan perniagaan atau yang berminat untuk menjalankan perniagaan.

Anda boleh melayari laman sesawang PUNB untuk mendapatkan lebih maklumat.  Walau bagaimana pun ingin kami war-warkan bahawa buat masa ini siri taklimat pembiayaan diadakan setiap hari Isnin jam 10pagi hingga 12 tengahari bertempat di PUNB Cawangan UTC Melaka Tingkat 3, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 31600 Melaka. Anda boleh mendaftar secara online melalui laman sesawang PUNB atau muat turun borang pendaftaran, isi maklumat anda dan pos ke alamat

PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
TINGKAT 12, BLOK 1B, PLAZA SENTRAL
JALAN SENTRAL 5, KUALA LUMPUR SENTRAL
50470 KUALA LUMPUR

Untuk maklumat lanjut secara cepat, anda boleh menghubungi no 1-300-13-7862.

Sunday 25 May 2014

KONVENSYEN MEMPERKASAKAN EKONOMI MELAYU PERINGKAT NEGERI MELAKA

Satu Konvensyen Memperkasakan Ekonomi Melayu peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 19 dan 20hb Mei, 2014 bertempat di MITC, Ayer Keroh Melaka. Wakil dari USAHANITA Negeri Melaka telah hadir untuk mendapatkan maklumat hasrat dan perancangan kerajaan. YAB Ketua Menteri menyarankan kontraktor utama supaya tidak bersikap monopoli dan sewajarnya membantu kontraktor-kontraktor kecil.

Berita dari Utusan Malaysia tersebut boleh didapati dari link disini  http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140521/ws_02/Kontraktor-utama-jangan-amal-monopoli#ixzz32j52lyNp

Juga beberapa gambar untuk di kongsikan bersama.







 

HARI INI.... PURPLE WALK PERINGKAT NEGERI MELAKA

Selesai lah sudah acara Purple Walk peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga &Masyarakat  pagi tadi.  Acara bermula di Taman Rempah dengan ketibaan dif-dif kehormat disusuli oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Selepas senamrobik untuk melegakan otot-otot, acara berjalan kaki dimulakan sekitar jam 8.45 diketuai oleh YAB Ketua Menteri sendiri diikuti YB Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal  Kebajikan YB Datuk Latipah Omar.

Secara kebetulan kami berjalan beriringan dengan Timb Exco Warisan dan Belia YB Datuk Hjh Norpipah Abdol. Perjalanan berakhir di Kg Morten dimana program dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Persembahan dari artis merancakkan aktiviti apabila Dato' Khatijah Ibrahim mengalunkan lagu-lagu beliau yang sentiasa 'evergreen'.   Disini kami berkongsi sedikit gambar yang berjaya kami rakam.






Friday 23 May 2014

WELL DONE LADIES!

USAHANITA   Melaka Tengah  has  successfully  organised  a  Bowling  Tournament  on  last
16 Mei, 2014 at MIBC, Ayer Keroh, Melaka.  There were 51 ladies bowlers participated that night. The tournament was much a friendly and joyful event and were also supported and participated by USAHANITA Jasin group and also from USAHANITA Alor Gajah group. Cheerful faces can be seen in overall lanes during the tournaments as our beloved Puan Norizah Md Nor and also our Pengerusi Puan Rosfinah Rahmat were there too. The highlight of the tournament was the result of who was the winner for the 3 games tournament. The winner was Puan Saripah Othman with score of 528 pins down, 2nd place won by Suhaidah and the 3rd place won by Hasannah with 519 and 453 pins down respectively. Another highlight for the night was the lucky draws. More than 20 lucky draw gifts were given away. Among them are the voucher for 3 days 2 nights stay at Awana Genting, DVD player, double stove cooker, Rice Cooker, Coffee Makers and many more interesting gifts.  The winner for the 1st bowler had a hatrick strikes was won by Puan Shamsiah A Kadir.   The memorable bowling night's event ended at almost 11 pm. Herewith we share some of the photos ....Well done ladies.........


AJK Daerah Melaka Tengah

Go...Go Ling....

Lucky Draw

Posing ya......

Hold the Registration !! We are taking snapshot....

Seriously... She's a bowler....







Our Winner...

More lucky draw....







Ketua Daerah Jasin and her lucky draw gift...




One of our top ten winner....


Not only lucky, she's sweet too....

Here is our 1st hatrick winner Pn Shamsiah.. well done



Wednesday 21 May 2014

PURPLE WALK 25 MEI 2014 DI TAMAN REMPAH JAM 7.30 PAGI



PENGUMUMAN !!

ACARA PURPLE WALK ANJURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT AKAN DIADAKAN PADA 25 MEI, 2014 DI TAMAN REMPAH, MELAKA.

WAKTU BERKUMPUL :  7.30 PAGI
PAKAIAN  : PAKAIAN SUKAN YG BERSESUAIAN BERWARNA PURPLE.

JOM KITA PERGI BERAMAI-RAMAI.................. SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN KEPADA S/U DAERAH ATAU S/U NEGERI....



Monday 19 May 2014

Pertemuan dgn YB Datuk Hjh Norpipah Abdol- Belated News

USAHANITA Negeri Melaka telah mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Hjh Norpipah Abdol, Timb Exco Warisan dan Belia pada 14 Januari, 2014 di pejabat beliau di Wisma Seri Negeri. Pertemuan tersebut adalah lanjutan daripada satu kertas cadangan yang telah USAHANITA Melaka majukan kepada YAB Ketua Menteri bagi Program Kegemilangan dan Peradaban Melayu. Didalam sesi pertemuan ini, YB Datuk telah memberi cadangan penambah baik dan juga telah bersetuju untuk membantu USAHANITA bagi program tersebut yang mana beliau akan berbincang lebih lanjut dengan YAB Ketua Menteri. Kertas cadangan ini dijangka dapat di edit semula dan di siapkan dalam bulan Jun 2014.


Penerangan Pengenalan Program





Sesi bergambar
Perbincangan idea program




Kunjung Hormat ke pejabat CM- Belated News

USAHANITA telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat sementara YAB Ketua Menteri Melaka pada 22 November, 2013 yang bertempat di Pejabat PKNM di MITC Ayer Keroh .  Diantara perkara yang telah dibincangkan adalah tentang peranan USAHANITA Melaka didalam menggabungkan usahawan-usahawan wanita dari pelbagai bidang perniagaan dibawah satu persatuan.

YAB Ketua Menteri Melaka juga secara dasarnya menyokong peranan USAHANITA. Pada hari yang sama USAHANITA Negeri Melaka telah mengusulkan 3 program/ agenda persatuan serta mengharapkan sokongan YAB Ketua Menteri Melaka iaitu:-

1) Program Jelajah 1 Malaysia  ( Telah selesai di jalankan pada 1-3 Mei, 2014)
2) Program Kegemilangan dan Peradaban Melayu (Masih dalam perancangan)
3) Rumah Usahanita (Masih di dalam perhatian YAB KM)

Didalam Perbincangan






Y Bhg Datin Seri Menyampaikan Cenderahati kepada pengerusi USAHANITA Melaka