Permata Ilmu


CARA-CARA MEMBUAT BUNGA RAMPAI WANGI

Bunga Rampai sinonim dengan orang melayu sejak zaman berzaman.  Orang Melayu lazimnya di Nusantara suka kepada wangian bunga dan bunga rampai adalah salah satu expresi didalam memuliakan sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan. Antara hantaran yang di sertakan kepada pasangan mereka adalah bunga rampai.

Disini kami sertakan caracara menyediakan bunga rampai:-
Bahan-bahan:-
Daun pandan
Bunga Kesidang/Bunga Melor/ Bunga Kenanga (Kali ini kami guna Bunga Kesidang)
Bunga2 yang berwarna-warni sebagai menambah seri
Losyen PATCHOULY (pewangi bunga rampai)








Hiris nipis daun pandan, masukkan bunga kesidang dan bunga berwarna. Kemudian tuang losyen PATCHOULY dan gaul rata..  Hasilnya ....




BUNGA RAMPAI YANG CANTIK DAN WANGI..



Selamat Membuat Bunga Rampai untuk menghias dan mewangikan bilik anda....

*********************************************************************************






 

 

*************************************************************

 

CREAM CRACKERS RECIPE
Ingredients


How to make it


  • Preheat the oven to 350°F. Use an ungreased cookie sheet.
  • Combine the flour, salt, sugar and baking powder in a bowl, stirring with a fork.
  • Slowly add the cream while continuing to stir; mix well until the dough holds together in a ball (if the dough is still too crumbly, add another tablespoon of cream).
  • Turn the dough onto a lightly floured surface and roll it out into a giant square about 1/8 inch thick.
  • Using a sharp knife cut into 3 x 3 inch squares.
  • Place the crackers on the cookie sheet, and prick the center of each cracker twice with the tines of a fork.
  • Bake on one side for 8 minutes, turn the crackers over with a metal spatula, and bake for 6 to 8 minutes more, or until the crackers have several golden spots and are slightly colored on the edges.
  • Remove and place on a rack to cool.
Credit to grouprecipes.com


**********************************************************************************

  PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya SEGERA…!!!

Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis (kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi aje)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

Credit to:Blog Si Manis ~ shima.com


**********************************************************************************

 CARA MEMBUAT UDANG KERING di Malaysia (3 Gambar Jijik)


3 gambar mengambarkan cara pembuatan udang kering di suatu lokasi yang tidak dinyatakan tetapi didalam negara kita. Menurut sumber ada yang menyatakan di Tanjung Karang, Selangor.

Tempat anjing berehat dan tidur serta menggunakan penyapu. Apatah lagi jika anjing tersebut berak dan kencing? Hangpa bayangkanlah ye..!

Perlunya pihak berwajib memantau tempat-tempat membuat barang-barang kering ini bagi memastikan ianya benar-benar bersih, suci lagi halal.

Perkara sebegini amat sensitif terhadap umat Islam. Oleh yang demikian, pilihlah produk muslim InsyaAllah selamat kerana sebahagian besarnya menitikberatkan kebersihan. InsyaAllah.





 Sumber dipetik dari Anak Seberang -panggungopera.blogspot

Berhati-hati ketika membeli makanan. Mudah2n kita makan makanan yang bersih....

********************************************************************



 

10 AYAT SURAH AL-KAHFI - DOA PERLINDUNGAN DARIPADA FITNAH DAN DAJJAL 


Terima kasih kepada myhomesoil.blogspot 

Unt
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  

10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI




Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI




Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 



DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM


Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

****************************************************************


PANDUAN SOLAT SUNAT
CARA NABI S.A.W.
 
Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain
SOLAT TAUBAT
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini telah diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8
Di antara perkara yang disyaria’tkan bagi mereka yang ingin bertaubat adalah mengerjakan solat Taubat.
v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT TAUBAT
Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dan ianya disandarkan kepada hadis daripada ‘Ali radhiallahu’ anh, dia berkata:
وَإِنَّهُ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ
ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ.
Maksudnya:
Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut) dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:
 
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Aali Imran (3) : 135). - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Qur’an,  no: 2932.
v  WAKTU PERLAKSANAANNYA
Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya. Ianya boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):
Seorang Muslim boleh sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya adalah hal yang disunnahkan. – rujuk Sholaatul Mu’min karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, ms. 317-318.
v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri


****************************************************************************************


Asam Pedas Melaka Asli (sis Diana)
Asam Pedas Melaka Asli..Boleh guna Ikan Jenahak/Ikan Pari/Ikan Parang/Ikan Tenggiri

Bahan-bahannya :
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (resepi Kak Diana - bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)

ps: bahan bahan atas ni, saya prefer tumbuk guna lesung batu je. Sbb blender mcm agak kurang "kick" rasanya. Ada setengah bahan yang telah sedia diblend macam bawang merah dan cili kisar. Bawang merah blend, saya potong bawang baru dan tumbukkan jugak sekali dgn bahan bahan tumis kat atas.


3 batang serai - dititik (yang ni saya tumbuk ye)1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan (saya tak jumpa pun daun kesum dengan bunga kantan kat Tesco. Saya ganti dengan daun kari depan rumah mak abah..hihi)bendi / terung (ganti dengan tomato. haha)air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :
Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak...
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan kalian ye nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....
Credit to Ummumujahidwrites.blogspot…Thank you for great recipe

***************************************************************************************************



9 APRIL 2014

 MELAYU KAH AKU HARI INI

Me’layu’ kah aku hari ini
Atau sedar kah…. Aku ini bangsa Melayu
Orang Melayu berpantang undur
Bila bertempur
Orang Melayu akrab bersahabat
Bila berikrar
Orang Melayu gigihnya berusaha
Bila bekerja
Orang Melayu bersopan santun
Bila berkata
Orang Melayu taat setia
Bila ber’ketua’
Orang Melayu berani bersuara
Bila benar
Orang Melayu takut menikus
Bila salah
Orang Melayu memegang panji
Bila berjanji
Me’layu’ kah kita hari ini
Atau sudah kah lupa…. kita ini lah bangsa Melayu



**********************************************************************************

 7 April, 2014

RESIPI SNOW CHEESE CAKE/ KEK KEJU MELELEH

(rujuk resepi rahel . terima kasih yee rahel. dan nurul husna yang publish kat blog Husna's Life tu.)




RESEPI SHOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH
BAHAN-BAHAN :
UNTUK KEK
-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred A)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla (husna lupa nk letak td.. aishh.. yg ni nk letak xpe, xnk letak pom xpe..)
antara bahan-bahan utk kek.. telur tu jgn lupa cuci bersih-bersih sblm guna taw =)
CARA :
1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2.campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. putar lagi, sebatikan.
3.sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4.bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. guna api atas dan bawah.
sebelum dibakar

hasilnye... selepas dibakar..

UNTUK KRIM
-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)
update : 15/11/2013
HARGA : RM75.00 (BAKERY)
HUSNA BELI YG DH SIAP DIPOTONG/DITIMBANG DALAM RM12.
UNTUK TOPPING
-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')
(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)
CARA PENYEDIAAN :
1.kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang.
2.sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3.sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4.akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5.sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.
setelah dipotong...
hasilnye.. kek sgt2 lembut
selamat mencuba !


**********************************************************************************



7 April, 2014


6 Kelebihan Anda Sebagai Usahawan Wanita atau Usahanita ?

Hari ini kita melihat semakin hari semakin ramai wanita memilih untuk menjadi usahawan. Ada antara mereka bermula seawal umur 20-an dan ada pula yang berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.

Anda tidak seharusnya bertumpu untuk memulakan perniagaan berasaskan wanita semata-mata, anda mempunyai kelebihan untuk menceburkan diri dalam semua bidang yang diceburi lelaki.
Jadi apa kelebihan yang ada pada anda sebagai wanita untuk menjadi usahawan berbanding lelaki ?

1. Media Sosial
Wanita memang terkenal sebagai ‘natural networkers’, mereka suka berbual dan berkawan dengan ramai orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan mereka. Kita boleh lihat bagaimana mereka menguasai facebook dan twitter.

2. Toleransi Menghadapi Keadaan Susah
Jika anda seorang suami yang pernah melihat isteri melahir anak, anda tentu tahu bagaimana kuasa yang ada pada seorang wanita untuk menghadapi keperitan dan kesakitan. Begitu juga dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan berbanding dengan lelaki. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh bangun sesuatu perniagaan.

3. Multi-tasking
Wanita mudah untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat yang terbaik dalam semua bidang. Cuba kenangkan ibu anda, dia mampu memasak, mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan, menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan setiap hari. Lelaki tidak mampu melakukan apa yang kaum ibu lakukan.

4. Sabar
Dalam situasi perniagaan hari ini, anda tidak boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. Anda perlu bergerak dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang terkenal sebagai individu yang sabar.

5. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan ini adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.

6. Wanita adalah pembeli terbesar
Hanya wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka memahami kehendak dan kerenah pelanggan wanita. Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya wanita memahami wanita.
Untuk pengetahuan anda, usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki dalam bidang perniagaan.
Jadi kepada wanita, anda tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda mempunyai semua kelebihan yang diperlukan.

Sekian, terima kasih.

“Kredit kepada Penulis Shahabudeen Jalil diatas artikel ini”.

*********************************************************************************

Monday, 31 March 2014


Subhanallah -Bumi Akan Terhenti Berputar – Jika.....
















Subhanallah -Bumi Akan Terhenti Berputar – Jika.....


Oleh rmf

Menurut kajian sains oleh 15 Universiti dibarat mendapati, apabila terhentinya umat islam didunia ini bertawaf maka akan terhentilah putaran bumi ini. Mengapa? Teruskan pembacaan anda..

New York Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic.

Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, aitu 23.000 kali dari baja yang ada.Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Baitullah atau Kaa’bah,Mekah.

Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya”.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis: “Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Solat, Tawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Tawaf Haji dan Umrah terhadap kehidupan di muka bumi ini..

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan. i) Biarkan super info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca. ii) menyebarkan kepada kawan yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“

source : rmf 7


*******************************************************

Saturday, March 31, 2012


April Fool ; Sejarah dan Pandangan Ulama' Mengenainya.

Posted by Tengku Ibrahim on 2:37:00 AM

Bismillah....
Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.

Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Terlebih dahulu..,mari kita sama-sama melihat kembali peristiwa sejarah yang dikatakan merupakan pencetus terawal kepada sambutan April Fool ini.


Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya, saban tahun semakin ramai April Fool disambut oleh orang Islam di seluruh dunia. Cuba kita bayangkan sekiranya sejarah tersebut benar maka, seolah-olah kita turut sama mengiktiraf kemenangan orang kafir keatas umat Islam. Selain daripada itu, rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya."
(Surah Al-Hujurat: 48 )
Credit to Tengku Ibrahim, The original posting