Sekapur Sireh





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Selamat datang dan terima kasih di atas kesudian melayari laman web Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) Negeri Melaka. Saya mewakili pihak Jawatankuasa Tertinggi USAHANITA Negeri Melaka amat bersyukur dan berbangga dengan terbinanya laman web ini kerana ianya merupakan salah satu aset penting kepada sesebuah institusi atau NGO di dalam era ICT dewasa ini.

Dalam zaman berteraskan teknologi maklumat dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan laman web ini di mana dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Dengan berkonsepkan interaktif, informatif dan mesra pengguna, laman web ini dijayakan selaras dengan keperluan semua agar memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan USAHANITA Negeri Melaka.

Dengan adanya laman web ini, segala maklumat dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan akan dapat dikongsi bersama. Kpada semua yang mengunjungi laman web ini, saya mengharapkan ia dapat membantu anda mengenali USAHANITA dengan lebih dekat dan seterusnya dapat mengambil faedah dari info-info yang disediakan dari semasa ke semasa.

InsyaAllah, dengan kerjasama semua pihak, laman web in iakan dikemaskini secara berterusan dan diharapkan dapat menjadi laman rujukan serta sumber maklumat kepada ahli dan pengunjung.

Wassalam.