Saturday 25 October 2014

AWAL MUHARAM 1436

USAHANITA MELAKA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1436 KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN LIMPAHAN REZEKI DIDALAM KEHIDUPAN.

SALAM MAAL HIJRAH.

USAHANITA MELAKA

Usahanita Melaka mempelawa usahawan-usahawan wanita bumiputera untuk menjadi ahli persatuan.  Diantara kebaikan menjadi ahli persatuan ini adalah bagi meluaskan jaringan perniagaan, pengumuman latihan, pengumuman seminar, forum, bantuan kerajaan dan banyak lagi. Ahli persatuan juga berpeluang untuk menjadi ahli Koperasi Usahanita Melaka.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Negeri, Puan Jariah Ahmad di talian 013-6104594.

Daftar dan jadi lah ahli Persatuan Usahanita Melaka kerana ada banyak program dan maklumat yang akan kami kongsi dengan anda bermula dari sekarang hingga tahun 2016.

Tuesday 21 October 2014

PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NKEA EPP KEMENTERIAN PERTANIAN

Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan masih dibuka.  Sila layari http://www.moa.gov.my/web/guest/nkea_epp1 untuk maklumat terperinci dan cara-cara memohon.

Di sini kami sertakan sedikit maklumat untuk diteliti.

Tarikh Tutup Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan NKEA EPP#1 Bil.5/2014 Pada 10 November 2014 (Isnin)
Tarikh Sesi Penilaian Peringkat Klaster Pada 20 November 2014 (Isnin)


Sebarang Pertanyaan :-
Urus Setia Pejabat Pembangunan Herba (HDO)
Cik Syalwati bt Asnawi : syalwati@moa.gov.my
En Ahmad Azmir bin Omar  : aazmir@moa.gov.my

No. Telefon : 03-8894 3111/3118 

" SEMOGA BERJAYA"

INDUSTRI MAKANAN

Industri makanan merupakan satu bidang industri yang memberi peluang perniagaan yang besar kepada Usahawan.  Di dalam industri ini juga Usahawan boleh memulakan perniagaan daripada menjadi pengilang, pembekal, peruncit dan pengimpot.  Usahawan wanita di gesa untuk menjadikan industri kecil-kecilan yang di jalankan di rumah supaya membesar kan perniagaan mereka dengan mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan yang dapat membantu seperti MARDI, FAMA, PUNB, MARA dan SME. Selain daripada khidmat nasihat, agensi-agensi ini juga menyediakan geran-geran untuk membeli peralatan, mesin, pelabelan dan pemasaran. Kunjungi agensi-agensi kerajaan yang terlibat bagi mendapatkan manafaat maksimum.

Usaha tangga kejayaan, malu bertanya sesat jalan.  Mula kan langkah anda hari ini......

USAHAWAN INDUSTRI HERBA

INDUSTRI HERBA    
PENGUMUMAN KEPADA USAHAWAN HERBA.    
     
Industri herba telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara dan inisiatif ini merupakan salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagi menyelaras dan memantau keberkesanan pelaksanaan EPP1 High Value Herbal Products, Subkumpulan Herba ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri herba dipelawa untuk turut serta melaksanakan inisiatif NKEA Pertanian bagi Subsektor Herba. Bersama-sama ini dilampirkan buku program dan templat pelan perniagaan.