Tuesday 21 October 2014

USAHAWAN INDUSTRI HERBA

INDUSTRI HERBA    
PENGUMUMAN KEPADA USAHAWAN HERBA.    
     
Industri herba telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara dan inisiatif ini merupakan salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagi menyelaras dan memantau keberkesanan pelaksanaan EPP1 High Value Herbal Products, Subkumpulan Herba ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri herba dipelawa untuk turut serta melaksanakan inisiatif NKEA Pertanian bagi Subsektor Herba. Bersama-sama ini dilampirkan buku program dan templat pelan perniagaan.