Sunday 25 May 2014

HARI INI.... PURPLE WALK PERINGKAT NEGERI MELAKA

Selesai lah sudah acara Purple Walk peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga &Masyarakat  pagi tadi.  Acara bermula di Taman Rempah dengan ketibaan dif-dif kehormat disusuli oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Selepas senamrobik untuk melegakan otot-otot, acara berjalan kaki dimulakan sekitar jam 8.45 diketuai oleh YAB Ketua Menteri sendiri diikuti YB Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal  Kebajikan YB Datuk Latipah Omar.

Secara kebetulan kami berjalan beriringan dengan Timb Exco Warisan dan Belia YB Datuk Hjh Norpipah Abdol. Perjalanan berakhir di Kg Morten dimana program dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Persembahan dari artis merancakkan aktiviti apabila Dato' Khatijah Ibrahim mengalunkan lagu-lagu beliau yang sentiasa 'evergreen'.   Disini kami berkongsi sedikit gambar yang berjaya kami rakam.