Monday 19 May 2014

Kunjung Hormat ke pejabat CM- Belated News

USAHANITA telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat sementara YAB Ketua Menteri Melaka pada 22 November, 2013 yang bertempat di Pejabat PKNM di MITC Ayer Keroh .  Diantara perkara yang telah dibincangkan adalah tentang peranan USAHANITA Melaka didalam menggabungkan usahawan-usahawan wanita dari pelbagai bidang perniagaan dibawah satu persatuan.

YAB Ketua Menteri Melaka juga secara dasarnya menyokong peranan USAHANITA. Pada hari yang sama USAHANITA Negeri Melaka telah mengusulkan 3 program/ agenda persatuan serta mengharapkan sokongan YAB Ketua Menteri Melaka iaitu:-

1) Program Jelajah 1 Malaysia  ( Telah selesai di jalankan pada 1-3 Mei, 2014)
2) Program Kegemilangan dan Peradaban Melayu (Masih dalam perancangan)
3) Rumah Usahanita (Masih di dalam perhatian YAB KM)

Didalam Perbincangan






Y Bhg Datin Seri Menyampaikan Cenderahati kepada pengerusi USAHANITA Melaka