Saturday 28 June 2014

RAMADHAN BULAN MULIA....


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, dengan tulus ikhlas barisan kepimpinan USAHANITA MELAKA mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SOLAT TARAWIH kepada semua ahli-ahli persatuan.

Semoga di bulan Ramadhan kali ini kita semua akan berjaya melakukan kewajipan dan ibadah sebanyak yang mungkin dan semoga ALLAH menerima dan meredhai ibadah kita... 
Amin....... 


USAHANITA MELAKA AKAN MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA AHLI UNTUK MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PADA BULAN RAMADHAN INI. KAMI AKAN MENGUMUMKAN TARIKH DAN TEMPAT DALAM WAKTU YANG TERDEKAT...  KEEP IN TOUCH !!!


Tuesday 24 June 2014

MALAM SILATURRAHIM DAN AGM USAHANITA KEBANGSAAN

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia  telah mengadakan Malam Silaturrahim dan Mesyuarat Agung Kebangsaan pada 13 dan 14 Jun, 2014 bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang. Program yang bermula pada petang 13 Jun 2014 dengan satu Taklimat Harta Pusaka bagi pencerahan tentang prosidur dan kepentingan menyegerakan penyelesaian hal ehwal harta pusaka berlanjutan dengan Majlis Makan Malam yg meriah dengan Tema Pakaian Tradisional.

Majlis Malam Silaturrahim telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat YB Dato' Shahaniza Shamsudin, EXCO Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia.  Kemeriahan dapat dirasakan apabila para hadirin datang dengan pakaian tradisional yang anggun dan berwarna warni. Menarik dan mengembirakan apabila YB Dato' Shahaniza turut sudi menyumbangkan suara dengan 2 buah lagu. Ermmmm memang hebat YB Dato'.... Majlis turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi otai Puan Rosmaria yang popular dengan lagu "Nasi Dagang". Beliau  juga  merupakan ahli USAHANITA Kelantan. Turut menghiburkan hadirin adalah penyanyi J Sham  dan persembahan dari Datin Ruby....

Disini admin abadikan foto yang sempat diambil pada malam itu.... 


















The next day on 14 June 2014, USAHANITA held its 33rd Annual General Meeting officiated by the Deputy Minister of MITI,  YB Datuk Ir Hamim Samuri. In his speech, YB Datuk has praised the delegation on the commitment shown and wish all the women entrepreneurs to take the opportunity and the incentives provided by the Government in particular from his ministry. Among the incentives are to develop the expansion of  the small and medium scales businesses to go for global market. YB Datuk informed that his ministry has a unit which advises entrepreneurs called BIC- Business Information Centre based in Putrajaya.  We, in USAHANITA are very grateful to YB Datuk who has come all the way to officiate our Annual General Meeting and for the precious advises and support. The encouragement will definitely gives us more strength to move our businesses to the next level and hopefully our members will take the opportunity to go global.... 






Sunday 15 June 2014

TAHUKAH ANDA - PUNB

JOM BERKONGSI MAKLUMAT......

PUNB- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

Tahukah anda bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Berhad singkatan PUNB ada menawarkan skim bantuan pembiayaan, khidmat latihan, khidmat perundingcara dan pelbagai perkhidmatan lagi untuk bumiputra yang telah menjalankan perniagaan atau yang berminat untuk menjalankan perniagaan.

Anda boleh melayari laman sesawang PUNB untuk mendapatkan lebih maklumat.  Walau bagaimana pun ingin kami war-warkan bahawa buat masa ini siri taklimat pembiayaan diadakan setiap hari Isnin jam 10pagi hingga 12 tengahari bertempat di PUNB Cawangan UTC Melaka Tingkat 3, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 31600 Melaka. Anda boleh mendaftar secara online melalui laman sesawang PUNB atau muat turun borang pendaftaran, isi maklumat anda dan pos ke alamat

PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
TINGKAT 12, BLOK 1B, PLAZA SENTRAL
JALAN SENTRAL 5, KUALA LUMPUR SENTRAL
50470 KUALA LUMPUR

Untuk maklumat lanjut secara cepat, anda boleh menghubungi no 1-300-13-7862.