Saturday 4 April 2015

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI

Kepada Ahli2 USAHANITA, untuk makluman,  Kolej Komuniti disetiap negeri ada menawarkan kursus2 jangka pendek yang terbuka kepada orang awam.  Kursus2 ini adalah untuk menambah ilmu dan skil kepada orang awam yang berminat.  

Yuran  kursus sangat murah berbanding ilmu yang boleh ditimba. Ada yang serendah RM10 sahaja.  Antara kursus yang ada ialah Kursus Membuat Mee Kuning, Kursus Membuat Pastri dan Kek, Kursus Membuat Biskut Raya, Kursus Mengukir Inai, Kursus Membuat Baju Melayu Cekak Musang, Kursus Make Up dan banyak lagi.  

Sila layari website Kolej Komuniti atau hubungi Usahanita Melaka untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.
Admin