Saturday 4 April 2015

MINYAK PATI UNTUK KOSMETIK DAN SABUN- STESEN MARDI KUALA LINGGI

Untuk makluman Ahli-Ahli, MARDI ada Pusat Pemprosesan Minyak Pati di Kuala Linggi, Melaka. Teknologi Inkubator MARDI didefinasikan sebagai kilang perintis teknologi baru dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini berskala komersil. Teknologi incubator MARDI diwujudkan bermatlamat untuk mengeluarkan graduan (inkubati) yang berjaya dari aspek perniagaan yang berdaya maju/ berdaya saing dari segi kewangan, mempunyai pasaran yang mantap dan kemampuan teknikal yang berkeupayaan untuk berkembang.


Skop Perkhidmatan
Inkubator menawarkan 4 perkhidmatan seperti berikut:-
1) Perkhidmatan teknikal :
Panduan secara praktikal tentang pengendalian dan jaminan kualiti perkhidmatan untuk produk akhir serta penyelidikan RnD untuk tujuan kepelbagaian produk.

2) Infrastruktur Fizikal,kilang perintis dan kemudahan pejabat
Termasuk ruangan pejabat yang dikongsi untuk perkhidmatan pentadbiran, dan Incubatee akses untuk kemudahan spesifik  seperti makmal-makmal dan kemudahan pengujian. Premis juga akan dilengkapi dengan kemudahan asas telekomunikasi dan ICT untuk inkubati-inkubati.

3) Perkhidmatan Perundangan dan Pengurusan Harta Intelek
Membantu dalam pengurusan pemberian hak pelesenan teknologi kepada usahawan serta membantu dalam urusan syarikat. Kepentingan hak harta intelek kedua-dua pihak akan dilindungi.

4) Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Produk
Inkubator akan membangun dengan pelan perniagaan inkubati berkaitan dengan produk dan  ramalan pasaran untuk produk mendatang. Rangkaian industri akan ditetapkan melalui forum perniagaan atau perkongsian pintar dengan kewangan untuk pengukuhan jaringan inkubati termasuk peluang perniagaan antarabangsa.


Ahli-ahli yang mempunyai hasrat untuk menghasilkan produk kosmetik atau sabun boleh menghubungi sendiri pihak MARDI untuk mendapatkan khidmat mereka. Sekiranya ada ahli-ahli yang berminat juga boleh menghubungi USAHANITA Melaka untuk rujukan.

Sekian. Terima kasih.
ADMIN