Thursday 5 February 2015

PERANCANGAN AKTIVITI USAHANITA TAHUN 2015

USAHANITA MELAKA telah merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1)  BERKELAH  - Cadangan aktiviti ialah pada hari yang akan ditetapkan nanti. Bertempat di Pantai Puteri, Melaka jam 4 petang hingga 6.30 petang.  Ahli-ahli yang ada kelapangan boleh hubungi Puan Ju untuk keterangan lanjut.  Konsep perkelahan adalah santai dan potluck dari ahli-ahli bagi memeriahkan acara amat di alu alukan.

2)  PROGRAM BERBASIKAL - Cadangan aktiviti berbasikal bersama belia dan pemimpin akan diadakan pada bulan Mei 2015.  Cadangan laluan adalah di sepanjang laluan Bandar Hilir ke Stadium Kubu.  Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara golongan belia, NGO, pemimpin2 dan USAHANITA. Program ini juga bagi mempromosi cara hidup sihat melalui senaman berbasikal.  Tarikh akan ditentukan mengikut jadual pemimpin dan belia yang terlibat.

3)  AGM  -  Cadangan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Daerah ialah pada bulan April 2015 manakala Mesyuarat Agong Negeri akan diadakan pada bulan Mei 2015.  Tarikh-tarikh akan dimaklumkan melalui surat.