Wednesday, 1 April 2015

TELL ME A STORY





MY SHORT STORY

In life, we have what we call perception.  One day in one class, there are 2 boys argue about what present they should give to their teacher who will retire soon. They have pool their money each RM10 and will decide what to buy. The first boy says buy only one expensive present so that their teacher will get a good nice present which will make the teacher remember them.  The second boy says buy two presents so that the teacher will have more than one present and that will make him remember them more. Which one is correct…  the idea from the first boy or the second boy. Neither one is correct and neither one is wrong. The perception arises because both have their own ideas and both have the reasons to their idea. In our daily life, we have come across many times when our idea might not be in favor of our friends, our parents, our boss and the list go on and on…. Why is that so? It is because we are meant to be different. We are supposed to check, clarify, verify understand and compassionate towards others. We have to be different because that is where the tolerance comes and play its part. It is alright to have differences but the beauty of differences should make us more patients and accept our circle of friends, colleagues, siblings, loved ones of what they are and so they accept us of what we are. Don’t let the differences drawn us apart. Instead, let the differences create more ideas, more alternatives and more loves in our heart.   


MAJLIS MAKAN MALAM USAHANITA NEGERI MELAKA BERSAMA KOPERASI USAHANITA MELAKA





USAHANITA NEGERI MELAKA BERSAMA KOPERASI USAHANITA MELAKA AKAN MENGANJURKAN MAJLIS MAKAN MALAM PADA 22 HB MEI, 2015. NANTIKAN INFO TERKINI DARI KAMI. YANG PASTI MAJLIS INI AKAN MERIAH DENGAN PERSEMBAHAN DARI ARTIS JEMPUTAN, PERSEMBAHAN SENI DARI KUMPULAN TARI DAN JUGA PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI AHLI2 PERSATUAN.

TIKET-TIKET BERHARGA DARI RM100.00 SEORANG. KAMI AKAN MEMBUKA TEMPAHAN MEJA DALAM TEMPOH DUA MINGGU DARI SEKARANG.

NANTIKAN KEMERIAHAN, RAIKAN KERJASAMA BERPASUKAN.


AGM DAERAH

AGM DAERAH JASIN, ALOR GAJAH, MELAKA TENGAH

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agong Daerah2 Usahanita bagi Negeri Melaka akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-

Tarikh            7 hb April, 2015
Hari               Selasa
Masa              1.30 petang
Tempat          Hotel KOBEMAS, Ayer Keroh (Bersebelahan BOMBA)

Mesyuarat ini penting dan kehadiran semua adalah wajib.

Sekian. Terima Kasih.

Thursday, 5 February 2015

PERANCANGAN AKTIVITI USAHANITA TAHUN 2015

USAHANITA MELAKA telah merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1)  BERKELAH  - Cadangan aktiviti ialah pada hari yang akan ditetapkan nanti. Bertempat di Pantai Puteri, Melaka jam 4 petang hingga 6.30 petang.  Ahli-ahli yang ada kelapangan boleh hubungi Puan Ju untuk keterangan lanjut.  Konsep perkelahan adalah santai dan potluck dari ahli-ahli bagi memeriahkan acara amat di alu alukan.

2)  PROGRAM BERBASIKAL - Cadangan aktiviti berbasikal bersama belia dan pemimpin akan diadakan pada bulan Mei 2015.  Cadangan laluan adalah di sepanjang laluan Bandar Hilir ke Stadium Kubu.  Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara golongan belia, NGO, pemimpin2 dan USAHANITA. Program ini juga bagi mempromosi cara hidup sihat melalui senaman berbasikal.  Tarikh akan ditentukan mengikut jadual pemimpin dan belia yang terlibat.

3)  AGM  -  Cadangan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Daerah ialah pada bulan April 2015 manakala Mesyuarat Agong Negeri akan diadakan pada bulan Mei 2015.  Tarikh-tarikh akan dimaklumkan melalui surat.

Koperasi Usahanita

Tahun 2015 merupakan tahun ke 5 Koperasi Usahanita ditubuhkan. Koperasi ini terbuka kepada ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Melaka dan juga kepada bukan ahli Usahanita.  Aktiviti Koperasi merangkumi perniagaan pakaian, tudung dan memperbaharui Insuran kenderaan.

Thursday, 11 December 2014

DAFTAR GST

PENGUMUMAN

Sekiranya jualan tahunan syarikat anda melebihi RM500 ribu, anda wajib berdaftar dgn Pejabat Kastam. Anda boleh berbuat demikian melalui sistem online Kastam di  gst.customs.gov.my sebelum 31 Disember 2014.  Sekiranya anda terima voucher elektronik berjumlah RM1000.00, dan anda juga berdaftar dengan eperolehan (MOF), sila pergi ke kaunter eperolehan, bawa voucher tersebut dan anda boleh mohon untuk software account MYOB secara percuma.

Harap Maklum.

Admin

Saturday, 1 November 2014

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2014

Perlawanan akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014 menyaksikan pertembungan diantara JDT dan Pahang yang berlangsung pada 1 hb November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil KL. Perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pahang Darul Makmur melalui sepakan penalti dengan keputusan 5:3. Menarik nya pertembungan kali ini ialah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan bila mana keputusan terikat dengan seri 2:2 sehingga penghabisan masa tambahan meski pun pasukan Pahang bermain dengan 10 pemain setelah Mohd Saiful Nizam dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Admin berpendapat perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia kali ini adalah diantara perlawanan akhir yang menarik seperti yang didambakan oleh peminat bolasepak Malaysia. Syabas diucapkan kepada pasukan Pahang. Dan kepada pasukan JDT, admin berharap mereka tidak putus asa dan terus bersemangat. Kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi yang harus dibanggakan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.  Selamat Malam dan Selamat beristirehat......