USAHANITA MELAKA telah merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
1) BERKELAH - Cadangan aktiviti ialah pada hari yang akan ditetapkan nanti. Bertempat di Pantai Puteri, Melaka jam 4 petang hingga 6.30 petang. Ahli-ahli yang ada kelapangan boleh hubungi Puan Ju untuk keterangan lanjut. Konsep perkelahan adalah santai dan potluck dari ahli-ahli bagi memeriahkan acara amat di alu alukan.
2) PROGRAM BERBASIKAL - Cadangan aktiviti berbasikal bersama belia dan pemimpin akan diadakan pada bulan Mei 2015. Cadangan laluan adalah di sepanjang laluan Bandar Hilir ke Stadium Kubu. Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara golongan belia, NGO, pemimpin2 dan USAHANITA. Program ini juga bagi mempromosi cara hidup sihat melalui senaman berbasikal. Tarikh akan ditentukan mengikut jadual pemimpin dan belia yang terlibat.
3) AGM - Cadangan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Daerah ialah pada bulan April 2015 manakala Mesyuarat Agong Negeri akan diadakan pada bulan Mei 2015. Tarikh-tarikh akan dimaklumkan melalui surat.
Thursday, 5 February 2015
Koperasi Usahanita
Tahun 2015 merupakan tahun ke 5 Koperasi Usahanita ditubuhkan. Koperasi ini terbuka kepada ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Melaka dan juga kepada bukan ahli Usahanita. Aktiviti Koperasi merangkumi perniagaan pakaian, tudung dan memperbaharui Insuran kenderaan.
Thursday, 11 December 2014
DAFTAR GST
PENGUMUMAN
Sekiranya jualan tahunan syarikat anda melebihi RM500 ribu, anda wajib berdaftar dgn Pejabat Kastam. Anda boleh berbuat demikian melalui sistem online Kastam di gst.customs.gov.my sebelum 31 Disember 2014. Sekiranya anda terima voucher elektronik berjumlah RM1000.00, dan anda juga berdaftar dengan eperolehan (MOF), sila pergi ke kaunter eperolehan, bawa voucher tersebut dan anda boleh mohon untuk software account MYOB secara percuma.
Harap Maklum.
Admin

Saturday, 1 November 2014
PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2014
Perlawanan akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014 menyaksikan pertembungan diantara JDT dan Pahang yang berlangsung pada 1 hb November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil KL. Perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pahang Darul Makmur melalui sepakan penalti dengan keputusan 5:3. Menarik nya pertembungan kali ini ialah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan bila mana keputusan terikat dengan seri 2:2 sehingga penghabisan masa tambahan meski pun pasukan Pahang bermain dengan 10 pemain setelah Mohd Saiful Nizam dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.
Admin berpendapat perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia kali ini adalah diantara perlawanan akhir yang menarik seperti yang didambakan oleh peminat bolasepak Malaysia. Syabas diucapkan kepada pasukan Pahang. Dan kepada pasukan JDT, admin berharap mereka tidak putus asa dan terus bersemangat. Kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi yang harus dibanggakan.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Selamat Malam dan Selamat beristirehat......

Saturday, 25 October 2014
AWAL MUHARAM 1436
USAHANITA MELAKA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1436 KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN LIMPAHAN REZEKI DIDALAM KEHIDUPAN.
SALAM MAAL HIJRAH.
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN LIMPAHAN REZEKI DIDALAM KEHIDUPAN.
SALAM MAAL HIJRAH.
USAHANITA MELAKA
Usahanita Melaka mempelawa usahawan-usahawan wanita bumiputera untuk menjadi ahli persatuan. Diantara kebaikan menjadi ahli persatuan ini adalah bagi meluaskan jaringan perniagaan, pengumuman latihan, pengumuman seminar, forum, bantuan kerajaan dan banyak lagi. Ahli persatuan juga berpeluang untuk menjadi ahli Koperasi Usahanita Melaka.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Negeri, Puan Jariah Ahmad di talian 013-6104594.
Daftar dan jadi lah ahli Persatuan Usahanita Melaka kerana ada banyak program dan maklumat yang akan kami kongsi dengan anda bermula dari sekarang hingga tahun 2016.

Tuesday, 21 October 2014
PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NKEA EPP KEMENTERIAN PERTANIAN
Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan masih dibuka. Sila layari http://www.moa.gov.my/web/guest/nkea_epp1 untuk maklumat terperinci dan cara-cara memohon.
Di sini kami sertakan sedikit maklumat untuk diteliti.
Cik Syalwati bt Asnawi : syalwati@moa.gov.my
En Ahmad Azmir bin Omar : aazmir@moa.gov.my
No. Telefon : 03-8894 3111/3118
" SEMOGA BERJAYA"
Di sini kami sertakan sedikit maklumat untuk diteliti.
Tarikh Tutup Permohonan Baru Skim Geran Penyelidikan NKEA EPP#1 Bil.5/2014 Pada 10 November 2014 (Isnin)
Tarikh Sesi Penilaian Peringkat Klaster Pada 20 November 2014 (Isnin)
Sebarang Pertanyaan :-
Urus Setia Pejabat Pembangunan Herba (HDO)Cik Syalwati bt Asnawi : syalwati@moa.gov.my
En Ahmad Azmir bin Omar : aazmir@moa.gov.my
No. Telefon : 03-8894 3111/3118
" SEMOGA BERJAYA"