Untuk makluman Ahli-Ahli, MARDI ada Pusat Pemprosesan Minyak Pati di Kuala Linggi, Melaka. Teknologi Inkubator MARDI didefinasikan sebagai kilang perintis
teknologi baru dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini berskala
komersil. Teknologi incubator MARDI diwujudkan bermatlamat untuk
mengeluarkan graduan (inkubati) yang berjaya dari aspek perniagaan yang
berdaya maju/ berdaya saing dari segi kewangan, mempunyai pasaran yang
mantap dan kemampuan teknikal yang berkeupayaan untuk berkembang.
Skop Perkhidmatan
Inkubator menawarkan 4 perkhidmatan seperti berikut:-
1) Perkhidmatan teknikal :
Panduan secara praktikal tentang pengendalian dan jaminan kualiti
perkhidmatan untuk produk akhir serta penyelidikan RnD untuk tujuan
kepelbagaian produk.
2) Infrastruktur Fizikal,kilang perintis dan kemudahan pejabat
Termasuk ruangan pejabat yang dikongsi untuk perkhidmatan pentadbiran,
dan Incubatee akses untuk kemudahan spesifik seperti makmal-makmal dan
kemudahan pengujian. Premis juga akan dilengkapi dengan kemudahan asas
telekomunikasi dan ICT untuk inkubati-inkubati.
3) Perkhidmatan Perundangan dan Pengurusan Harta Intelek
Membantu dalam pengurusan pemberian hak pelesenan teknologi kepada
usahawan serta membantu dalam urusan syarikat. Kepentingan hak harta
intelek kedua-dua pihak akan dilindungi.
4) Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Produk
Inkubator akan membangun dengan pelan perniagaan inkubati berkaitan
dengan produk dan ramalan pasaran untuk produk mendatang. Rangkaian
industri akan ditetapkan melalui forum perniagaan atau perkongsian
pintar dengan kewangan untuk pengukuhan jaringan inkubati termasuk
peluang perniagaan antarabangsa.
Ahli-ahli yang mempunyai hasrat untuk menghasilkan produk kosmetik atau sabun boleh menghubungi sendiri pihak MARDI untuk mendapatkan khidmat mereka. Sekiranya ada ahli-ahli yang berminat juga boleh menghubungi USAHANITA Melaka untuk rujukan.
Sekian. Terima kasih.
ADMIN
Saturday, 4 April 2015
KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI
Kepada Ahli2 USAHANITA, untuk makluman, Kolej Komuniti disetiap negeri ada menawarkan kursus2 jangka pendek yang terbuka kepada orang awam. Kursus2 ini adalah untuk menambah ilmu dan skil kepada orang awam yang berminat.
Yuran kursus sangat murah berbanding ilmu yang boleh ditimba. Ada yang serendah RM10 sahaja. Antara kursus yang ada ialah Kursus Membuat Mee Kuning, Kursus Membuat Pastri dan Kek, Kursus Membuat Biskut Raya, Kursus Mengukir Inai, Kursus Membuat Baju Melayu Cekak Musang, Kursus Make Up dan banyak lagi.
Sila layari website Kolej Komuniti atau hubungi Usahanita Melaka untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih.
Admin

Wednesday, 1 April 2015
TELL ME A STORY
MY
SHORT STORY
In life, we have
what we call perception. One day in one
class, there are 2 boys argue about what present they should give to their
teacher who will retire soon. They have pool their money each RM10 and will
decide what to buy. The first boy says buy only one expensive present so that
their teacher will get a good nice present which will make the teacher remember
them. The second boy says buy two
presents so that the teacher will have more than one present and that will make
him remember them more. Which one is correct…
the idea from the first boy or the second boy. Neither one is correct
and neither one is wrong. The perception arises because both have their own
ideas and both have the reasons to their idea. In our daily life, we have come across
many times when our idea might not be in favor of our friends, our parents, our
boss and the list go on and on…. Why is that so? It is because we are meant to
be different. We are supposed to check, clarify, verify understand and compassionate
towards others. We have to be different because that is where the tolerance
comes and play its part. It is alright to have differences but the beauty of differences
should make us more patients and accept our circle of friends, colleagues, siblings,
loved ones of what they are and so they accept us of what we are. Don’t let the
differences drawn us apart. Instead, let the differences create more ideas,
more alternatives and more loves in our heart.
MAJLIS MAKAN MALAM USAHANITA NEGERI MELAKA BERSAMA KOPERASI USAHANITA MELAKA
USAHANITA NEGERI MELAKA BERSAMA KOPERASI USAHANITA MELAKA AKAN MENGANJURKAN MAJLIS MAKAN MALAM PADA 22 HB MEI, 2015. NANTIKAN INFO TERKINI DARI KAMI. YANG PASTI MAJLIS INI AKAN MERIAH DENGAN PERSEMBAHAN DARI ARTIS JEMPUTAN, PERSEMBAHAN SENI DARI KUMPULAN TARI DAN JUGA PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI AHLI2 PERSATUAN.
TIKET-TIKET BERHARGA DARI RM100.00 SEORANG. KAMI AKAN MEMBUKA TEMPAHAN MEJA DALAM TEMPOH DUA MINGGU DARI SEKARANG.
NANTIKAN KEMERIAHAN, RAIKAN KERJASAMA BERPASUKAN.
AGM DAERAH
AGM DAERAH JASIN, ALOR GAJAH, MELAKA TENGAH
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agong Daerah2 Usahanita bagi Negeri Melaka akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agong Daerah2 Usahanita bagi Negeri Melaka akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-
Tarikh 7 hb April, 2015
Hari Selasa
Masa 1.30 petang
Tempat Hotel KOBEMAS, Ayer Keroh (Bersebelahan BOMBA)
Mesyuarat ini penting dan kehadiran semua adalah wajib.
Sekian. Terima Kasih.
Thursday, 5 February 2015
PERANCANGAN AKTIVITI USAHANITA TAHUN 2015
USAHANITA MELAKA telah merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
1) BERKELAH - Cadangan aktiviti ialah pada hari yang akan ditetapkan nanti. Bertempat di Pantai Puteri, Melaka jam 4 petang hingga 6.30 petang. Ahli-ahli yang ada kelapangan boleh hubungi Puan Ju untuk keterangan lanjut. Konsep perkelahan adalah santai dan potluck dari ahli-ahli bagi memeriahkan acara amat di alu alukan.
2) PROGRAM BERBASIKAL - Cadangan aktiviti berbasikal bersama belia dan pemimpin akan diadakan pada bulan Mei 2015. Cadangan laluan adalah di sepanjang laluan Bandar Hilir ke Stadium Kubu. Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara golongan belia, NGO, pemimpin2 dan USAHANITA. Program ini juga bagi mempromosi cara hidup sihat melalui senaman berbasikal. Tarikh akan ditentukan mengikut jadual pemimpin dan belia yang terlibat.
3) AGM - Cadangan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Daerah ialah pada bulan April 2015 manakala Mesyuarat Agong Negeri akan diadakan pada bulan Mei 2015. Tarikh-tarikh akan dimaklumkan melalui surat.

Koperasi Usahanita
Tahun 2015 merupakan tahun ke 5 Koperasi Usahanita ditubuhkan. Koperasi ini terbuka kepada ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Melaka dan juga kepada bukan ahli Usahanita. Aktiviti Koperasi merangkumi perniagaan pakaian, tudung dan memperbaharui Insuran kenderaan.