Saturday 1 November 2014

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2014

Perlawanan akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014 menyaksikan pertembungan diantara JDT dan Pahang yang berlangsung pada 1 hb November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil KL. Perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pahang Darul Makmur melalui sepakan penalti dengan keputusan 5:3. Menarik nya pertembungan kali ini ialah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan bila mana keputusan terikat dengan seri 2:2 sehingga penghabisan masa tambahan meski pun pasukan Pahang bermain dengan 10 pemain setelah Mohd Saiful Nizam dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Admin berpendapat perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia kali ini adalah diantara perlawanan akhir yang menarik seperti yang didambakan oleh peminat bolasepak Malaysia. Syabas diucapkan kepada pasukan Pahang. Dan kepada pasukan JDT, admin berharap mereka tidak putus asa dan terus bersemangat. Kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi yang harus dibanggakan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.  Selamat Malam dan Selamat beristirehat......